Kejadian malam jumaat


Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini. 


Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang 

ke kampong sendiri di Perak akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah 

(kampung sebelah isteri). 


Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri 

lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru. 

 

Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu 

menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan) manakala anak yang sulung 

duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali) 


Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit 

sebentar di R&R Simpang Renggam untuk membeli minuman di Petronas yang ada di 

R&R berkenaan. 

 

Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk 

si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang 

nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang 

ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan 

hidup kerana air-cond 

masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang 

meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang ditinggalkan buat seketika. 

 

Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku…… 

 

Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk 

ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri 

yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu. 

 

Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta 

anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek. Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta 

mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan. 

Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. 

Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru mendapatkan ibunya 

di belakang sambil menangis teresak-esak. 

 

Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera 

mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain. 

Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan 

petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab. 


Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk 

belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek, 

sambil telefon bersambung 

dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit 

meminta tolong daripada suspek supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut 

setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya. Mujur ketua stesen 

petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta 

yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki 

lokasi pada ketika itu. 

 

Apabila sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi 

isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi 

menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit 

tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya 


Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan 

melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang 

dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat 

keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi. 


Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan 

mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi 

jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam. 

Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera 

melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta 

pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas 

daripada bahaya. 

 

Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga 

saya. Sekadar peringatan kepada kita semua : 

        i.            Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik 

                      lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian 

      ii.            Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk 

                      maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan 

     iii.            Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum 

                     keluar daripada kenderaan 

    iv.            Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu depan 

                    dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan 

                    kuncikan kenderaan 

(boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk 

kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri) 


      v.            Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam 

                     kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan 

    vi.            Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor 

                    utama ialah “keselamatan” 

   vii.            Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – utk 

                    memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita 

 viii.            Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini 

                    segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code 

    ix.            Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan 

                    terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan) 

      x.            Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana 

                    yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din) 

 

Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan….