Pentadbiran harta pusaka

Hikmah yang mungkin umat islam patut bermuhasabah diri adalah persediaan kita mengenai kematian. Salah satu persediaan yang dimaksudkan adalah mengenai pentadbiran harta pusaka. Sebagai umat Islam beberapa pekara-pekara yang perlu dititik beratkan oleh kita terutamanya tentang pentadbiran harta pusaka adalah seperti berikut:- 


1. Siapa yang akan menjadi pentadbir kita kelak sekiranya kita tiada lagi, pentadbir iaitu orang yang akan menguruskan harta pusaka kita seperti mengeluarkan asset di Institusi kewangan, memindahmilik geran nama, menolak hutang dunia dan akhirat dan pembahagian kepada waris kelak. 


2. Bagaimana nasib anak-anak yang dibawah umur sekiranya suami dan isteri tiada kelak, anak-anak bawah umur tidak boleh menerima harta pusaka tersebut. Mahkamah atau syarikat amanah akan melantik penjaga,harta kepada harta pusaka yang ditinggalkan. 


3. Sekiranya ibubapa anak-anak dibawah umur meninggal, adakah cukup wang yang ditinggalkan untuk saraan hidup, pendidikan dan kesihatan anak-anak tersebut dan siapakah penjaga fizikal anak-anak tersebut kelak? 


4. Melantik penjaga harta kepada anak-anak dibawah umur sewaktu hidup, sekiranya tidak membuat perlantikan, mahkamah atau syarikat pemegang amanah akan melantik kelak. Bagaimana, sekiranya orang yang dilantik itu tidak amanah dan mungkin akan berlakunya penyelewengan? 


5. Anak angkat tidak akan menerima apa-apa harta pusaka sekiranya tiada wasiat atau agreement lain. 


6. Adakah hak isteri hanya 1/8 sahaja? Bagaimana sekiranya tiada waris, adakah isteri tidak boleh mewarisi rumah yang ditinggalkan suami secara total dan perlukah dikongsi bersama adik beradik atau ibu bapa suami? 


7. Bagaimana merancang harta anak-anak yang kurang upaya supaya ianya akan terjaga sehingga akhir hayatnya dan mengelakkan daripada orang mengambil kesempatan ke atas harta nya sekiranya ibu-bapa anak tersebut tiada. 


Akibat tidak merancang harta semasa hidup, 66 billion harta terbeku, hutang piutang simati masih tidak dibayar walaupun sudah lama meniggal dunia, penyelewengan harta anak bawah umur, waris bergaduh dan sebagainya. Semakin lama semakin kritikal harta pusaka umat Islam. Ini adalah beberapa sebab untuk kita untuk merancang pentadbiran harta pusaka kita kelak dengan mengikut landasan syariah.